Rukun fi'li ialah rukun perbuatan yang perlu dilakukan dengan anggota. Terdapat 6 rukun fi'li ( ada yang berpendapat 7 rukun fi'li termasuk tertib) iaitu : 1. Berdiri tegak 2. Rukuk 3. Iktidal 4. Sujud 5. Duduk antara dua sujud 6. Duduk tahiyat akhir.
1. Berdiri betul / tegak bagi yang mampu
2. Rukuk serta tomakninah
3. Iktidal serta tomakninah
4. Sujud serta tomakninah
Membaca surah Al-Fatihah dengan betul adalah rukun qauli. Oleh itu perlu lah belajar cara membaca surah ini dengan cara bertalaqi bersama guru supaya solat kita sah.
Rukun Qauli yang pertama adalah Takbiratul ihram. Perhati dan fahami betul-betul keterangan dalam video ini. Jika ada sebarang kemusykilan sila bertanya kepada ustaz / ustazah atau orang yang lebih tahu secara berhadapan.