Archives

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"
0

BAHAGIAN RUKUN SOLAT

Unknown Rabu, 31 Oktober 2012
Rukun Solat terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

A) Rukun Qalbi ( hati)
     - Ianya merupakan lintasan dalam hati untuk mengerjakan solat.

B) Rukun Qauli ( Bacaan)
     - Melafazkan Allahuakbar ketika Takbiratul ihram
     - Membaca surah Al-Fatihah
     - Membaca Tahiyat Akhir
     - Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ketika tahiyat akhir
     - Mengucapkan salam yang pertama

C) Rukun Fii'li ( Perbuatan )
     - Berdiri tegak
     - Rukuk
     - Iktidal
     - Sujud
     - Duduk antara dua sujud
     - Duduk tahiyat akhir
     - Tertib iaitu melakukan mengikut turutan yang betul
1

RUKUN SOLAT

Unknown Jumaat, 19 Oktober 2012
Rukun solat ada 13 perkara iaitu :

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
0

LAFAZ NIAT SOLAT

Unknown Sabtu, 13 Oktober 2012
Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.


0

PENGENALAN SOLAT

Unknown Rabu, 10 Oktober 2012
1. Erti Solat :

Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan Takbiratul ihram dan disudahi dengan salam  mengikut syarat- syarat tertentu.

2. Solat Fardu 5 waktu :  1. Zohor  2. Asar  3. Maghrib  4. Isya'  5. Subuh

3. Bilangan Rakaat :   1. Zohor 4 rakaat   2. Asar 4 Rakaat   3. Maghrib 3 rakaat   4. Isya' 4 rakaat   5. Subuh 2 rakaat


4. Dalil Naqli kewajipan solat : 


وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 

(  سورة البقرة  43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.