Archives

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"
0

Syarat Wajib Solat

Unknown Rabu, 12 Disember 2012
Syarat Wajib Solat

Syarat adalah segala sesuatu yang harus dikerjakan sebelum melakukan suatu pekerjaan. Jadi syarat wajib solat adalah segala sesuatu yang mewajibkan seseorang melaksanakan solat.


Syarat wajib solat adalah :


1. Beragama Islam ( Tidak wajib bagi orang kafir )


2. Baligh ( sudah dewasa : tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh)


3. Berakal sehat (orang gila, mabuk, pengsan, tidur tidak wajib mengerjakan solat kecuali

    sudah sedar)


4. Suci dari haid dan nifas bagi perempuan.


Jika keempat hal di atas ada pada diri seseorang, maka dia wajib melaksanakan solat.
0

Rukun Fii'li ( Bahagian II)

Unknown Ahad, 9 Disember 2012
...sambungan dari bahagian 1.


5. Duduk Antara Dua Sujud


6. Duduk Tahiyat Akhir

7. Salam yang pertama
0

Rukun Fi'li ( Bahagian 1 )

Unknown Sabtu, 24 November 2012
Rukun fi'li ialah rukun perbuatan yang perlu dilakukan dengan anggota. Terdapat 6 rukun fi'li ( ada yang berpendapat 7 rukun fi'li termasuk tertib) iaitu : 1. Berdiri tegak 2. Rukuk 3. Iktidal 4. Sujud  5. Duduk antara dua sujud  6. Duduk tahiyat akhir.


1. Berdiri betul / tegak bagi yang mampu

 2. Rukuk serta tomakninah



3. Iktidal serta tomakninah

4. Sujud serta tomakninah
0

Rukun Qauli 3 : Tahiyat Akhir

Unknown Ahad, 18 November 2012

0

Rukun Qauli 2 : Surah Alfatihah

Unknown Rabu, 7 November 2012

Membaca surah Al-Fatihah dengan betul adalah rukun qauli. Oleh itu perlu lah belajar cara membaca surah ini dengan cara bertalaqi bersama guru supaya solat kita sah.
0

Rukun Qauli 1 : Takbiratul Ihram

Unknown Jumaat, 2 November 2012


Rukun Qauli yang pertama adalah Takbiratul ihram. Perhati dan fahami betul-betul keterangan dalam video ini. Jika ada sebarang kemusykilan sila bertanya kepada ustaz / ustazah atau orang yang lebih tahu secara berhadapan.
0

BAHAGIAN RUKUN SOLAT

Unknown Rabu, 31 Oktober 2012
Rukun Solat terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

A) Rukun Qalbi ( hati)
     - Ianya merupakan lintasan dalam hati untuk mengerjakan solat.

B) Rukun Qauli ( Bacaan)
     - Melafazkan Allahuakbar ketika Takbiratul ihram
     - Membaca surah Al-Fatihah
     - Membaca Tahiyat Akhir
     - Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ketika tahiyat akhir
     - Mengucapkan salam yang pertama

C) Rukun Fii'li ( Perbuatan )
     - Berdiri tegak
     - Rukuk
     - Iktidal
     - Sujud
     - Duduk antara dua sujud
     - Duduk tahiyat akhir
     - Tertib iaitu melakukan mengikut turutan yang betul
1

RUKUN SOLAT

Unknown Jumaat, 19 Oktober 2012
Rukun solat ada 13 perkara iaitu :

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
0

LAFAZ NIAT SOLAT

Unknown Sabtu, 13 Oktober 2012
Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.


0

PENGENALAN SOLAT

Unknown Rabu, 10 Oktober 2012
1. Erti Solat :

Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan Takbiratul ihram dan disudahi dengan salam  mengikut syarat- syarat tertentu.

2. Solat Fardu 5 waktu :  1. Zohor  2. Asar  3. Maghrib  4. Isya'  5. Subuh

3. Bilangan Rakaat :   1. Zohor 4 rakaat   2. Asar 4 Rakaat   3. Maghrib 3 rakaat   4. Isya' 4 rakaat   5. Subuh 2 rakaat


4. Dalil Naqli kewajipan solat : 


وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 

(  سورة البقرة  43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.